HOME
PRODUK OZE
PRODUK ENEX
PRODUK LAIN
HUBUNGI
Anda ingin memiliki produk seperti dibawah? Jangan bimbang, saya sedia membantu anda. Anda baca penerangan produk.

English/Malay

Memo Plus Gold Pankaja Kasthuri Trim Cap
RM 50.00

Otak adalah organ yang paling kompleks dalam tubuh manusia. Sungguhpun penyelidikan bertahun-tahun sudah dilakukan terhadap proses biologi yang tersembunyi di sebalik tindakan spesifik otak, ia masih menjadi misteri dan mencabar akal manusia.

Di samping mengawal dan menyelaraskan proses penting kehidupan, otak mengatur operasi tahap tinggi seperti daya ingatan dan kognisi (pengetahuan), fungsian yang membolehkan kita berfikir, membuat kesimpulan serta bertindak.

Bagaimanapun, keupayaan mental ini (berfikir, membuat kesimpulan serta bertindak dsbnya..) semakin berkurangan dengan ketara seiringan dengan peningkatan usia dan faktor seperti tekanan perasaan boleh mempercepatkan kesan-kesan ini pada peringkat usia lebih muda. Sampai suatu tahap, kesan-kesan itu akan semakin teruk sehingga. seseorang yang masih berkeadaan kesihatan fizikal yang baik tidak dapat melakukan tugas harian yang mudah-mudah sekalipun.

Herba untuk Ingatan

Brahmi atau Bacopa monniera dalam bahasa Latin, ialah sejenis tumbuhan menjalar yang ditemui di sepanjang pinggir batas dan kolam di serata India. Herba Brahmi ini digunakan selama lebih 3000 tahun di India sebagai ubat tradisional untuk mempertingkatkan daya ingatan dan pembelajaran dalam sistem perubatan Ayurvedik India.

Seawal 800 S.M., sebuah kitab purba India, Athar Ved Samhita menyanjung nilai Brahmi dalam membantu penghafazan gita puja vedik oleh para cendekiawan. Semenjak abad kelima hingga abad kedua belas, herba perangsang daya ingatan itu digunakan oleh para cendekiawan Buddha di Universiti Nalanda, universiti antarabangsa pertama dunia dengan lebih 10,000 orang penuntut setahun.

Penyelidikan terhadap Bacopa monniera yang digunakan dalam MEMO PLUS GOLD dan penemuan pati terpiawai di CDRI

Pada tahun 1951, Institut Penyelidikan Dadah Pusat (Central Drug Research Institure - CDRI) yang kini beroperasi di Lucknow, India; telah dirasmikan oleh Pandit Jawaharal Nehru, Perdana Menteri ketika itu, menggalakkan makmal ulung ini untuk menyelidik khazanah mewah herba dan teks Ayurvedik purba India mengenai herba demi membangunkan ubat-ubatan moden dan efektif. Menjelang 1963, para ahli sains di CDRI mendapati bahawa aktiviti Brahmi berpunca daripada molekul (bahan aktif), Bakosida A & B, yang didapati mempunyai khasiat mempertingkatkan daya ingatan.

Dari tahun 1986 hingga 1996, para saintis di CDRI berkongsi penemuan Bakosida A & B bersama komuniti antarabangsa di Persidangan Penyelidikan Otak secara Saintifik Antarabangsa yang diadakan di pelbagai negara di serata dunia. Selepas ujian dan kajian klinikal bertahun-tahun, penyelidik di CDRI akhirnya berjaya menghasilkan pati terpiawai Brahmi pada tahun 1995. Sediaan ini mengandungi kepekatan optimum Bakosida A & B dan ia digunakan sebagai ubat Ayurveda yang mempertingkatkan daya ingatan.

Cara MEMO PLUS GOLD Berfungsi

Penyelidikan di CDRI menunjukkan bahawa pati Brahmi meremajakan kembali dan mencergaskan semula sel-sel otak yang rosak atau lemah, terutamanya di dalam pusat otak yang dikenali sebagai “hipokampus” yang terlibat dengan daya ingatan dan pembelajaran. Ia memudahkan pemerolehan, penggabungan, dan pengekalan memori serta daya ingatan terhadap tugas yang telah dipelajari. Hipokampus ialah bahagian otak yang terletak betul-betul di atas telinga dan di bahagian itulah otak terhubung dengan pembentukan daya ingatan.

Pengambilan tetap kuantiti optimum Bakosida A & B, bahan aktif dalam MEMO PLUS GOLD juga meningkatkan ingatan jangka pendek dan panjang dengan menambah aktiviti kinase protein dan sintesis protein baru khususnya dalam sel otak yang terhubung dengan daya ingatan di bahagian hipokampus. Menerusi mekanisme tersebutlah Brahmi mempertingkatkan keberkesanan transmisi impuls saraf dan merangsang aktiviti neural (yang berkaitan dengan saraf). Ia boleh memberi manfaat dalam melawan tekanan, mempertingkatkan refleks dan menambah kapasiti mental.

Brahmi tidak patut dikelirukan dengan Gotu Kola (Centelle asiatica), yang kurang molekul bakosidanya. Herba serupa yakni Gingko Biloba lazim digunakan untuk memperbaiki fungsi otak dan daya ingatan dengan merangsang peredaran, tetapi herba ini juga kurang kandungan bakosidanya.

Mengapakah MEMO PLUS GOLD semestinya diambil oleh para perokok?

Sesungguhnya terdapat bukti saintifik yang menunjukkan hubungan yang rapat diantara penghisapan rokok dengan kematian akibat penyakit berkaitan rokok seperti penyakit pulmonari, penyakit kardio dan cerebrovaskular, barah dan lain-lain dengan kadar peningkatan yang membimbangkan.

Peranan radikal bebas dalam patogenisis kebanyakan penyakit telah pun didokumenkan secara menyeluruh (Church dan Pryor, 1985). Radikal bebas ini di awasi dan dikawal secara semulajadi oleh suatu keseimbangan tubuh diantara kadar penghasilan dan kadar penghapusannya oleh sistem-sistem pertahanan badan (Halliwell, 1994). Apabila terdapat pertambahan radikal-radikal bebas yang berlebihan, sistem perlindungan tisu akan gagal lalu mengakibatkan kerosakan oksidatif terhadap tisu-tisu tersebut. Berdasarkan kepada bukti saintifik yang boleh diperolehi, dapatlah disimpulkan bahawa pendedahan kepada asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada tisu-tisu manusia.

Asap rokok merupakan campuran pelbagai aerosol yang terdiri dari lebih 4,000 bahan racun termasuklah radikal-radikal bebas tertumpu, oksigen reaktif dan spesis pelbagai nitrogen. (Stedman, 1968)

Otak manusia sangat mudah terdedah kepada bahaya tekanan oksidatif. Ini kerana ianya kaya dengan kandungan besi bukan heme. Terdapat juga laporan mengatakan tentang peningkatan pengoksidaan lipid di dalam organ-organ tertentu termasuklah bahagian otak apabila terdedah kepada asap rokok (Baskaran et.al. dan lain-lain. 1999; Chitra et.al. dan lain-lain. 2000; Delibas et.al. dan lain-lain. 2003).

Sebuah penerbitan kajian oleh Ambarasi K. et.al. dan lain-lain di Universiti Madras, India yang bertajuk "Kesan bacosida A terhadap keadaan antioksidan otak pada tikus-tikus yang terdedah kepada asap rokok" atau "Effect of bacosides A on brain antioxidant status in cigarette smoke exposed rats (2006)" menganjurkan pendapat bahawa bacosida A yang terdapat dalam bacopa monniera boleh menjadi bahan antioksidan berkesan untuk otak. Justeru ia mungkin memiliki ciri-ciri berguna sebagai suplemen antioksidan semulajadi yang berupaya untuk mencegah kerosakan otak akibat tekanan oksidatif.

Khasiat MEMO PLUS GOLD

  • Mempertingkatkan tahap pembelajaran dan daya ingatan, pemerolehan, pengukuhan dan pengekalan.
  • Menambah kecerdasan, kecergasan dan kesegaran sepanjang hari.
  • Mengurangkan kebimbangan dan tekanan.
  • Khasiat anti-penuaan dan tindakan antioksidan.
  • Kekurangan tumpuan (sangat berguna sewaktu menghadapi peperiksaan di sekolah).
  • Kes AAMI pada warga tua dan ADHD pada kanak-kanak.
  • Kelemahan kognitif berkaitan strok (demensia vaskular VaD).
  • Ketaknormalan otak dan merupakan makanan tambahan semula jadi untuk membantu mengurangkan jenis demensia lain seperti penyakit Alzheimer .
  • Ia berkhasiat lebih kuat dan mempunyai corak tindakan lebih baik berbanding dengan pati Withania somnifera (Ashwagandha), Gingko biloba, Ginseng dan Centelle asiatica (Gotu kola).

MEMO PLUS GOLD sesuai untuk semua peringkat usia, dan disarankan untuk pengguna dalam kategori yang menghadapi tekanan tinggi. Ia juga boleh diambil sebagai antioksidan dan makanan tambahan, untuk menenangkan minda dan tubuh bagi pengguna yang mengalami hipertensi (tekanan darah tinggi).

Dos: Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan. Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara, selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.
 

RM 39.00

ASMA? TIADA LAGI PENDERITAAN!!


 

PENGENALAN
Pada zaman era moden ini pencemaran tekanan atmosfera dirasakan teramat sangat. Pencemaran alam sekitar adalah di antara sebab-sebab bronkiol kecil di dalam paru-paru kita mengecut atau mencerut dan menyukarkan pernafasan. Pengecutan paru-paru di dalam istilah perubatan dikenali sebagai bronchosparm dan fenomena ini boleh membawa penyakit bronkiol asma. Penyakit-penyakit bronkiol di zaman moden ini adalah seperti bronkiol asma, alahan bronkitis, lelah, batuk yang kronik dan lain-lain.


 

JAMINAN PENYEMBUHAN PENYAKIT SECARA TRADISIONAL

Menurut sains perubatan barat, bronkiol asma ialah penyakit kronik yang tidak boleh di ubati. Pesakit yang menderita kerana bronkiol asma perlu memberi perhatian dalam mencari ubat untuk sepanjang hayat mereka. Lagipun, perubatan barat hanya boleh memberikan kelegaan yang sementara kepada pesakit asma dan perbelanjaan perubatan yang mahal. Pesakit asma akan kekal menderita kesakitan dalam hidup yang penuh kesukaran.

Bagaimanapun, pada zaman dahulu kala, sistem perubatan ayurvedic (sepenuhnya daripada herba semulajadi), menganggap bronkiol asma boleh di ubati dengan Pankaja Kasthuri.

Setelah 10 tahun Pankaja Kasthuri berada dipasaran bebas, ianya telah terbukti berkesan tanpa sebarang keraguan dengan 10 botol (setiap 500gm) Pankaja Kasthuri boleh menyembuhkan bronkiol asma untuk jangka masa yang lama. Pankaja Kasthuri ialah ubat herba asli semulajadi dan telah terbukti sama-sekali selamat digunakan dan tiada kesan sampingan.

KEGUNAAN / INDIKASI LAIN

Pankaja Kasthuri dibuat daripada campuran herba semulajadi yang unik dengan proses istimewa di kilang yang mematuhi amalan perkilangan baik. Pankaja Kasthuri bertindak membesarkan bronkiol dan menolong menyeragamkan pengedaran udara ke paru-paru. Pankaja Kasthuri digunakan secara berkesan untuk merawat alahan bronchitis, lelah, batuk yang kronik, bersin yang tidak berhenti, kesukaran bernafas, sinus, kahak dan selsema.

Pankaja Kasthuri juga boleh menolong meransangkan sistem ketahanan badan (imunisasi) dan menjauhi batuk dan selsema. Jika anda mengalami batuk dan selsema, ambil sesudu penuh Pankaja Kasthuri dan biarkan beberapa saat di atas lidah sebelum menelannya untuk mendapatkan kelegaan segera.

BAHAN-BAHAN

Pankaja Kasthuri mengandungi 11 rempah semulajadi seperti halia kering, cabai, lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga, Bengal kembar lima, kacang Malabar, teduh malam India, kopi Negro, buah pahit manis, opimen kuning dan gula batu untuk memberikan sedikit rasa manis dan sedap.

SUKATAN

  • Dewasa: 15gm atau 1 sudu besar setiap pagi dan malam selepas makan. Sudu juga disediakan didalam botol; sesudu penuh mengandungi 15gm.
  • Kanak-kanak: 7.5gm atau ˝ sudu besar setiap pagi dan malam selepas makan. Kanak-kanak yang berumur dari 6 bulan boleh mengambil Pankaja Kasthuri.

DIET
 

Penerusan pengambilan Pankaja Kasthuri adalah suatu kemestian semasa dalam tempoh rawatan.

Pesakit yang menderita kerana bronkiol asma mesti mengambil 10 botol Pankaja Kasthuri secara berterusan.

Pesakit yang menderita kerana alahan bronkitis, lelah dan batuk yang kronik mesti mengambil 8 botol Pankaja Kasthuri secara berterusan. 

Pesakit yang menderita kerana bersin yang berterusan, kesukaran bernafas, sinus, kahak, batuk yang ringan atau selsema mesti meneruskan pengambilan Pankaja Kasthuri sehingga benar-benar sembuh.

Pesakit yang mengambil ubat allopathic atau ubat barat, tidak perlu memberhentikan pengambilan apabila mula mengambil Pankaja Kasthuri. Tetapi pesakit yang seperti ini boleh mengurangkan perlahan-lahan sukatan ubat allopathic. Mereka patut menghentikan pengambilan ubat allopathic setelah mereka mengambil 4 botol Pankaja Kasthuri. Ubat allopathic yang telah ditentukan sukatannya harus diambil 1 jam selepas mengambil Pankaja Kasthuri.

PANTANG

Tiada pantang tertentu. Bagaimanapun, untuk pulih dengan lebih cepat, sila jauhi dari memakan makanan sejuk, anggur, lepa susu, dadih dan yogurt semasa dalam tempoh rawatan.

NASIHAT TAMBAHAN

Pankaja Kasthuri mengandungi halia kering, cabai, lada hitam dan sebagainya, ianya membuatkan rasanya sedikit pedas. Jika dimakan dalam keadaan perut kosong terasa sedikit kepanasan. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, sila ambil selepas makan.

Untuk kanak-kanak, kepedasan yang disebabkan oleh Pankaja Kasthuri boleh disamarkan dengan menambahkan 1 sudu kecil madu dan 3 sudu besar air panas. Kacau sehingga rata sebelum menelan.


RM 39.90

Mendapatkan bentuk badan yang langsing dan mengawal berat badan bukan mudah, ia kadang-kadang mendatangkan kekecewaan. Tidak lagi jika anda melengkapi diri dengan cara yang betul untuk melawan gemuk.

Adakah anda mempunyai berat badan yang sesuai?

Rujuk kepada carta ketinggian dan keberatan badan dan lihat sama ada anda berada di kategori golongan berat badan yang sihat. Gemuk didefinisikan sebagai satu keadaan iaitu keberatan badan yang melebihi beratan badan yang ideal sebanyak 20%. Jika tidak, semak keberatan badan yang paling sesuai untuk anda berdasarkan ketinggian anda.

Jangan meletakkan kecantikan dan kesihatan anda pada risiko tinggi

Melansingkanbadan bukanlah hanya untuk kecantikan. Sains perubatan membuktikan bahawa orang yang gemuk mempunyai prestasi kesihatan badan yang rendah dan mudah terpengaruh pada penyakit-penyakit seperti diabetes, darah tinggi, artritis dan penyakit kardiovaskular. Berat yang berlebihan selalu dikaitkan dengan risiko tinggi menghadapi penyakit dan juga sebaliknya. Oleh itu, pengambilan langkah positif dalam mengurangkan berat badan bukan sahaja memberi kecantikan dan kesihatan malah meninggikan keseluruhan prestasi kesihatan anda.

Melawan kegagalan hilangkan berat badan?

Terdapat banyak ubat mengurangkan berat badan yang menjanjikan kesan pantas dalam jangka masa yang singkat. Tetapi, berat badan yang hilang akan diperolehi semula dalam masa 12 bulan, ditambah dengan beberapa kilo lagi!

Kebanyakan rawatan juga memerlukan individu tersebut mengulangi program tanpa kesudahan. Malah, program sebegini biasanya membawa pulangan yang semakin susut. Kini, terdapat pilihan lain untuk cepat mengurangkan berat badan - sistem perubatan Ayurveda.

Ayurveda - Kaedah berkesan mengurangkan berat badan

Ayurveda ialah sistem pengurusan diri yang mengandungi teknik penentu untuk meningkatkan keunikan imbangan resaman seseorang. Dalam sistem Ayurveda, herba digabungkan untuk menangani ketidakseimbangan, bukan untuk melawan penyakit. Perubatan Ayurveda menilai keseluruhan individu dan mempertingkatkan prestasi kesihatan individu dalam semua aspek. Ini ialah sebab perubatan Ayurveda mendatangkan kesan yang memberansangkan jika digabungkan dengan diet dan senaman.

Trimcap - Perubatan Ayurvedic yang mujarab

Trimcap ialah penokok diet yang dirumuskan berdasarkan sistem tradisional Ayurveda. Ia mengandungi keunikan gabungan perubatan Ayurveda dan campuran herba semulajadi. Ekstrak herba yang terlarut air ini berkesan meningkatkan resaman badan, mengurangkan berat badan serta pengumpulan lemak badan dan selulit. Berat badan akan menyusut secara selamat, pada kadar yang boleh diterima oleh sistem badan anda. Bentuk badan yang langsing dan sihat kini boleh menjadi kenyataan! Trimcap tidak mengandungi sebarang kesan sampingan, tanpa toksid mahupun mendatangkan ketagihan.

Setiap kapsul Trimcap mengandungi:

  • Garcinia Cambogia (375mg) atau dikenali sebagai Asam Jawa Malabar. Bahagian kulit herba ini mengandungi sejenis asid organik semulajadi yang dikenali sebagai Hydroxy Citrate (HCA). Ia juga digunakan secara umum sebagai bahan rempah dalam masakan India. Kajian penyelidikan membuktikan bahawa HCA membantu meningkatkan sintesis glycogen didalam hati dan mengurangkan pengumpulan lemak badan.
  • Camellia Thea (300mg) atau Pokok Tea. Bahagian daun pokok tea kaya dengan bahan katechin, iaitu satu bentuk tannin pekat. Laporan penyelidikan yang dijalankan di Perancis menunjukan katechin berupaya mengurangkan ukuran pinggang, keberatan badan dan trigliserin dalam darah. Tiada sebarang kesan sampingan atau tanda-tanda tidak dapat tidur dilaporkan.
     
  • Withania Somnifera (150mg) atau Ceri Musim Sejuk membantu memperbaiki stamina dan prestasi tenaga badan. Ia juga membantu meningkatkan kadar pembakaran kalori dalam badan.
     
  • Boerhaavia Diffusa (100mg) atau dikenali sebagai Spreading Hog Weed dalam bahasa Inggeris. Ia bukan sahaja boleh meningkatkan fungsi gastric, malahan bertindak sebagai penggerak utama proses pembalikmudaan organ badan. Ia juga meningkatkan kadar metabolisme lemak, protein, karbohidrat serta proses detoksik dan seterusnya mengurangkan berat badan.
     
  • Arachis Hypogea (50mg) dikenali umum sebagai Kacang Tanah. Kulitnya merupakan pembekal utama selulosa.
     

Cadangan pengambilan

  • Program Utama: 3 biji kapsul Trimcap 2 kali sehari selama 2-4 minggu
  • Program Pertengahan: 2 biji kapsul Trimcap 2 kali sehari selama 4 minggu
  • Program Pengawalan: 1 biji kapsul Trimcap 2 kali sehari

PENTING! Kapsul Trimcap mesti diambil setengah jam sebelum makan untuk mendapatkan kesan yang sempurna.

 
Arthrid Herbal Soap Cogent db +
RM 29.90

Penyakit Artritis: Kebebasan pergerakan anda terhenti

 

Kesakitan pada bahagian otot dan sendi merupakan tanda-tanda umum penyakit Artritis. Kesakitan otot dan sendi yang berlarutan amat ditakuti kerana ia boleh melemahkan kadar pergerakan seseorang. Aktiviti seharian seperti bangun dari tidur menjadi kesukaran akibat kesakitan yang teramat.

Artritis didefinisikan sebagai keadaan keradangan bahagian sendi yang berpunca daripada kerosakan pada bahagian rawan tulang artikul di penghujung kedua-dua sendi. Keadaan ini biasanya dikenal pasti dengan tanda-tanda seperti bengkak, kerepuhan, kemerahan dan kesakitan di bahagian sendi.

Penyakit yang melumpuhkan anda secara senyap

Penyakit Artritis ialah penyakit kronik yang menduduki tempat kedua selepas penyakit jantung. Ia sering berlaku di kalangan orang tua tetapi penyakit Artritis ini juga boleh menyerang golongan muda. Jangkaan data statistik menunjukan bahawa 60% penduduk dunia akan mengalami penyakit Artritis pada peringkat umur 60. Peluang wanita menghidapi penyakit ini adalah 3 kali ganda lebih dari lelaki.

Terdapat 3 jenis Artritis utama iaitu Osteoartritis, Artritis Traumatik dan Artritis Rheumatoid. Dari 3 jenis utama ini, terdapat lebih daripada 200 jenis golongan penyakit Artritis antaranya, Reumatisme, Osteoporosi, Artritis Psoriatik, Gout, Systemic Lupus Erythematosus, Artritis Reumatoid Juvenil dan Artritis Reumatoid. Artritis ialah sejenis penyakit progresif, jika tidak diberi rawatan awal ia akan membawa kepada kelumpuhan seumur hidup.

Adakah kesakitan mampu dihilangkan?

Sains perubatan moden hanya mampu melegakan kesakitan otot dan sendi-sendi. Pesakit Artritis perlu menerima perhatian perubatan dan mengalami penderitaan kesakitan sepanjang hayat.

Rawatan perubatan kini hanya dapat melegakan kesakitan, meningkatkan keupayaan pergerakan, mengurangkan tanda-tanda keradangan dan kesakitan otot. Ubat-ubatan seperti Aspirin dan Nonsteroidal anti-inflammantory drugs (NSAIDS) digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan. Malangnya ia membawa kesan sampingan yang serius seperti pendarahan gastrousus, ulser dan kesakitan abdomen.

Mujurlah, perubatan tradisional Ayurvedic terbukti berkesan merawat penyakit Artritis. Ayurveda ialah sistem pengurusan diri yang mengandungi teknik untuk menentukan dan meningkatkan keunikan imbangan resaman seseorang. Perubatan ini diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu, rumusan tradisional ini dipercayai turun-temurun.

Cadangan Pengambilan: 2 biji kapsul Arthrid diambil 2 kali sehari untuk mengawal dan mengurangkan tanda-tanda bengkak di bahagian sendi; atau seperti yang diarahkan oleh pakar perubatan anda.

RM 3.00

Seluruh badan kita diliputi oleh kulit yang perlu diberi penjagaan rapi. Kulit berfungsi sebagai penentang kecederaan dan serangan penyakit berjangkit seperti bacteria, virus dan penyakit kulit berparasit terutamanya dibahagian sulit disebabkan kelembapan dan suhu badan yang berubah-ubah.

Sabun Herba Kasthuri dirumus daripada minyak kelapa. Ianya sangat lembut dan selamat, sesuai digunakan oleh orang dewasa mahupun bayi anda. Anda boleh menggunakannya dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki. Minyak kelapa yang terdapat dalam sabun Herba Kasthuri ini juga sesuai untuk mereka yang berkulit kering. Sabun Herba Kasthuri juga boleh menyembuhkan penyakit seperti gatal-gatal kulit, penyakit kulat, menghilangkan parut, jerawat, kelemumur dan sebagainya.

 


RM 34.90

Khusus untuk pesakit kencing manis / diabetes.  Kebaikannnya dapat mengimbangkan lebihan gula dalam darah.

DIABETES ialah gangguan metabolisme yang kronik di mana terdapat paras gula terlalu tinggi di dalam darah dan air kencing.  Ianya berlaku apabila badan anda menyerang dan memusnahkan sel beta di dalam pankreas yang menghasilkan insulin atau badan tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan sempurna.

Menurut system perubatan Ayurvedic, DIABETES boleh disembuhkan.  COGENT db telah diuji dan terbukti berkesan menyembuhkan penyakit diabetes.  Ubat ini telahpun giat diuji (selama lebih 11 tahun) dan keputusan kajian membuktikan COGENT db adalah satu-satunya penawar bagi penyakit diabetes.

COGENT db adalah ubat semulajadi daripada pati herba yang telah diuji secara klinikal dan didapati tidak langsung mempunyai sebarang reaksi negative mahupun kesan sampingan.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN

Azadirachta, Phylanthus Emblica, Circuma Longa, Triogonella Foenum Graceum, Syzygium Cumini, Tibulus Terrestris, Terminalia Chebula, Terminalia Bellirica dan Rouula Aquatica.

TEMPOH RAWATAN

Tempoh rawatan bergantung kepada teruknya kerosakan yang dialami oleh fungsi pankreas.  Pada amnya, pesakit diabetes yang mengambil ubat allopathic harus mengambil COGENT db untuk jangka masa enam bulan hingga setahun.  Bagi pesakit yang mengambil insulin harus mengambil COGENT db untuk jangka masa satu atau dua tahun.

CARA PENGAMBILAN 

2 kapsul dimakan 2 kali sehari.  Selepas sarapan dan selepas makan malam

PERHATIAN 

Pastikan jarak pemakanan COGENT db dan perubatan moden lebih kurang 2 jam